Tuesday, April 28, 2009

My pray 4 u

Nukilan bB sYasYa pada 12:55:00 PM
Tadi buat keje kat PC sister sebab kat PC dia je ade sistem MyHESS ni...
Then i tgk around..Jumpa satu kertas yang ditampalkan dinding...
I bace..Then buat aty i tersentuh sangat..
Meh i share dengan u'oll...

Ya Allah,
Panjangkanla umur sahabatku. Kurniakanla kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanla hatinya, perluaskanla rezekinya, dekatkanla hatinya kepada kebaikan, jauhkanla hatinya dari kejahatan, tunaikanla hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin Ya Salam
Jika dia jatuh hati izinkanla dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanla dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganla aku melampaui batas hingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu. Kurniakanla sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak

Imam Umar bin Abdul Aziz..

Buat semua sahabat i, i doakan u'oll semua seperti doa di atas. I juga doakan diri i sendiri sama seperti di atas..

2 kumen on "My pray 4 u"

bluefroggie on April 28, 2009 at 1:27 PM said...

amin...

bB sYasYa on April 28, 2009 at 2:04 PM said...

amin ^_^

 

Empty Life Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez