Sunday, May 31, 2009

Merajuk?Bagaimana nak pujuk? * Request by Me*

Nukilan bB sYasYa pada 11:26:00 AM
:girl_5:Semalamkan..Ade orang tu kan...
Cik partner dia merajuk..Huuuu...
So dia minta bb bagi tips utk pujuk cik partner....

Ni bb dapat dari tenet...
Sila hayati & amati ye.. hehehehe

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?


Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.



Semua tu bb setuju..
Tapi mengikut bb la, time tengah marah, hati tengah panas, & merajuk, buat pe pun tak jalan...
Kadang2 bb off hp trus..So camne nak pujuk if nak contact pun tak dapatkan?
So biar dulu dalam sejam dua....
If dia off hp, confirm lepas sejam dia akan onkan semula..
Melainkan dia tido..Sebab bb salu camtu..Haahha..

So bila dah tunggu sejam dua, cuba la cara2 di atas..
Insya allah dia boleh lembut hati semula...Tapi setiap orang tak same ka..
So pandai2 la handle yek! :P

14 kumen on "Merajuk?Bagaimana nak pujuk? * Request by Me*"

wid on June 1, 2009 at 8:03 AM said...

siannya dye yer cik bb..
aku ase xpayah pujuk me...
.......................
awek nie memang kadang2x nak manja...
bak kata bb nyanyikan lagu untuk dye...aku ase better ko bawa dye kuar jalan2x then beli bunga sekuntum n nyanyikan satu lagu kegemaran dye....

wid on June 1, 2009 at 8:08 AM said...

Wanita punya perasaan yang sangat sensitif jadi jangan sakiti dia kalau tidak mau dijauhinya. Wanita suka pujian yang tulus datang dari lubuk hati bukan kata-kata manis yang hanya didengar sebagai bualan semata di telinganya. Jika kau ingin dicintai wanita maka syaratnya kamu harus mengetahui rahsia wanita tentang apa yang disukai dan dibenci wanita....

cik bb betul ker hujah ku untuk me nie

me on June 1, 2009 at 11:23 AM said...

tq daun keladi..der maser wat lagi k entry yang membantu..hehe..


tq sya..rili apreciate it..

sHe~ on June 1, 2009 at 4:19 PM said...

cara2 memujuk yg membantu jugee itu, cik sya.
so incik me, silalah pilih yg mana sesuai dgn keadaan situasi anda.

tp pd pndgn i.
mmg, kalu dah hati pns tu, buat ape pun xjln spt yg dikatakn cik sya.dan sy juga memikirkn hal yg sama dgn cik sya iaitu membiarkn dulu sketika dan memujuk slps dia 'sejuk' sikit.

tp utk org mcm ai ni, i xbleh nk praktikkn suma tu sbb ai akn jd xtentu arah dan resah gileee sbb org yg i syg merajuk dgn i.
dan i mmg xbleh duk diam selagi suma tu xselesai.

aihh, susah,kn menjd i?hehe.
so, kptsnnya, sy selalu menjga hati org yg sy syg dan elakkn dia drp merajuk sbb saya jugee yg jd xtentu arah nnti.

sekian.
maaf ciksya, terpnjg puleee :P
anyway, layout blog da cantekk dah :]

bB sYasYa on June 1, 2009 at 4:58 PM said...

to wid --> wid, if org tu jauh dr kite..cmne nk bwk kuar?beli bunga semua??

hujah itu?xtau la wid..sy bkn pkr cinta..hahaha

to me --> welcome ^_^

kengkwn kan..kene la saling bantu membantu

to she --> thanks sebab banyak setuju dgn sy..hehehe..besela..semua org akan resah gelisah bile partnernye merajuk..so kne pndai2 la jage aty dia..huhu..xpe..kumen pnjng2 pun..kumen yg bernas tu ^_^

thanks puji layout sy

wid on June 2, 2009 at 8:03 AM said...

oooh kalo jauh??yer bb
leh jer...
alah kalo xdapat beli bunga kan leh buat bende lain..
hati wanita nie cepat tersentuh taw...
bak kat she...dye xdapat duk ngn diam bila partner dye merajuk so mesti dye buat sesuatu yg bg partner dye ok..

mcm wid lak...perangai partner wid sama cam bb n merajuk mak ai kuat tol tapi dye tue berangin sikit bes barang dye baling so ....wid buat macamner ..diam jer....biar dia lega hati dye then wid akan cakap..
dah bes merajuk ??
so dye pon cakap dah bes..so time tuelah wid wat lawak ker n wat bende yg dye suka...:)

bB sYasYa on June 2, 2009 at 8:52 AM said...

to diw -->yes..ok gak care wid tu...tp kan semua org x same...mcm partner wid dia ske blng2 brng..tp xsemua ske bt mcm tu..depends la kan..yg penting, pndai2 la jge perhubungan tu ^_^

me on June 2, 2009 at 12:04 PM said...

sy dah bawak si die g tgk muvi+jejalan..dah ok dah..

tp, pepep0n, care nak memujuk setiap partner mmg berbeza..

bulu tiak same itam, perangai laen2..xgitu sya?..muehehe..

bB sYasYa on June 2, 2009 at 5:01 PM said...

nthla..

me on June 2, 2009 at 6:50 PM said...

kamu ok x nih?

bB sYasYa on June 3, 2009 at 8:48 AM said...

ok je

me on June 3, 2009 at 11:14 AM said...

ok then..

bB sYasYa on June 3, 2009 at 12:46 PM said...

nothing..

me on June 3, 2009 at 5:28 PM said...

hope sumenyer ok..

 

Empty Life Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez